Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dandibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Olehkerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akanmemenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil, kapilari (capillaries), baik di sekelilingorgan-organ penting dan juga di bawah kulit. Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arusperjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki.Mereka akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, ureadan toksin.
Apakah yang akan terjadi jika kita tidak melakukan rawatan bekam?
Bagaimana Bekam membantu?
Apakah yang akan terjadi jika kita tidak melakukan rawatan bekam?
Sel sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah akanmenjadi faktor utama yang menyebabkan tersumbatnya urat kapilari kita. Kapilari bercantum dengan urat lain yang lebih besar di dalam tubuh seperti “vein”dan “artery”. Jadi, walaupun “vein” dan “artery” tidak tersumbat namun jika“capillaries” tersumbat, seluruh perjalanan darah akan turut terjejas.Kesannya adalah pelbagai sistem tubuh akan terganggu dan akan menyebabkan tidak sempurnanya fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati. Akhirnya akanmenyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala-gejala awal menunjukkan bahawa tubuh kita telah dipenuhi darah kotor yang tersumbat adalah seperti lesu, letih, kebaskaki & tangan, sering pening dan mudah mengantuk.
Bagaimana Bekam membantu?
- Dengan Berbekam darah kotor yang berada di kapilari kulit akan dapat dibuang seterusnya merendahkan tekanan salur darah. Darah yang kotor akan digantikan dengan darah yang baru yang bersih. Kolestrol dan acidurik juga turut keluar.
- Bekam juga dapat membersihkan darah kotor yang berpunca dari sihir.
- Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
- Memperbaiki aliran pembuluh darah.
- Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
- Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
- Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
- Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
- Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
- Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang sertapapan punggung.
- Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalamdarah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
- Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung.
- Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
- Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
- Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
- Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam bolehdi lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung.Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
- Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar
- Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
- Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
- Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
A. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Kulit
1) Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke kulit sehingga meningkatkan bekalan nutrisi yang baik untuk rambut dan akar rambut.
2) Suhu kulit meningkat dan sebuah kawasan berwarna merah terbentuk. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan metabolisme makanan (pembakaran makanan) di kulit dan manfaat yang diperolehi sel-sel kulit dari darah yang sampai kepadanya.
3) Aktiviti kelenjar (gland) peluh dan kelenjar (gland) lemak meningkat, pori-pori kulit membuka setelah dilakukan pembekaman.
4) Peranan bekam tidak terbatas pada pembersihkan darah yang mengendap di kulit (stagnant blood), namun juga membuang bahan-bahan merbahaya yang mengendap di bawah permukaan kulit.
Nota: Terdapat sebuah kajian yang menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun, melihat bulu-bulu halus mulai tumbuh pada bagian dibekam. Ia panjang dan lebat sehingga mencapai 1.5cm. Namun, pencapaian ini berlaku setelah menjalani bekam angin/kering sebanyak 140 kali. Ini menunjukkan bahawa bekam tidak semudahnya dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah gugur rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat semula tetapi ia tidak mustahil.
B. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Otot (Muscles)
1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di otot sehingga menghilangkan kekejangan otot (muscle aches).
2) Bekam berperanan menghantar oksigen yang diperlukan oleh tisu di otot (muscle tissues), meningkatkan penyerapan oksigen oleh sel-sel setelah pembekaman, sehingga menguatkan dan memperbaiki fungsi otot.
3) Bekam berperanan mengeluarkan lactic acid dari otot sehingga menghilangkan keletihan dan sumbatan di otot.
C. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Tulang
1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangkan sakit yang disebabkan oleh penyakit reumatik dan lain-lain.
2) Nitrate Oxide (NO) berperanan mengurangkan bengkak dan tertahannya cecair di sendi akibat pembengkakan.
3) Bekam berperanan merangsang synovial membrane untuk mengeluarkan synovial fluid yang berfungsi mengurangkan pergesekan sendi, memudahkan gerak dan akhirnya juga dapat mencegah dari berlakunya kekakuan sendi.
4) Dengan sedutan cup yang kadang-kadang mencapai 10 cm dari kulit, dapat meningkatkan rangsangan terhadap selaput di sekeliling tulang (periostium) untuk membina tulang dan meningkatkan kadar kalsium tulang.
5) Bekam berperanan mengeluarkan bahan-bahan merbahaya yang mengendap
(stagnant) di sendi seperti kristal-kristal uric acid yang disebabkan oleh penyakit gout dan telah menyebabkan kekaukan sendi.
Nota: Namun, jika kristal-kristal sudah menjadi terlalu keras dan degil, agak sukar untuk dikeluarkan melalui bekam. Jadi, sangat di sarankan bagi mereka yang masih dalam peringkat awal untuk cepat-cepat lakukan rawatan bekam darah.
D. Kesan Bekam Terhadap Sistem pencernaan
1) Kuatnya sedutan alat bekam mengatur pengeluaran asid perut dan enzim pencernaan yang ada di perut, sehingga meningkatkan kualiti pencernaan dan penyerapan makanan.
2) Bekam berperanan mengatur gerakan usus (intestinal motility) melalui kuatnya sedutan langsung atau melalui stimulasi saraf, terutama saraf vagus (nervus vagus) yang berhubung dengan usus melalui beberapa bahagian di belakang.
3) Bekam juga berperanan merangsang sel hati dan sel pankreas serta memperbaiki fungsinya.
E. Kesan Bekam Terhadap Darah
1) Bekam merangsang peredaran darah di tubuh secara umum melalui bahan Nitrate Oxide yang berperanan meluaskan pumbuluh darah. Profesor Kentaro Takagi, pensyarah di Universiti Nagoya, menegaskan bahawa semua terapi yang merangsang dan mengaktifkan sirkulasi darah di kulit, bermanfaat untuk meningkatkan respon system perjalanan darah di dalam tubuh secara umum.
Kesan sama juga dijadi daripada kuatnya sedutan yang ditimbulkan oleh bekam terhadap bahagian yang diterapi.
2) Bekam berperanan mengurangkan darah dan cecair yang mengakibatkan proses pembengkakan dengan cara mengeluarkan cecair-cecair ini dari celah-celah sel. Begitu pula zat-zat yang pencetus pembengkakan juga dikeluarkan, misalnya histamine.
3) Bekam juga berperanan:
a) Meningkatkan jumlah sel darah merah.
b) Meningkatkan jumlah sel darah putih.
c) Mengubah darah yang terlalu acidic menjadi proposional
d) Membersihkan darah, sebagaimana dikatakan oleh Dr. Katashi, pensyarah di Universiti Osaka.
F. Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf
1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak. Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini.
2) Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.
3) Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan. Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi. Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.
4) Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam. Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses terjadinya efek tersebut.
No comments:
Post a Comment